Sunday, November 29, 2009
PEPERIKSAAN SPM 2009 BERMULA
Bermula dari 18 November 2009 bermula Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula dan akan berakhir pada 18 Disember 2009 dengan dimulakan dengan subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.Seramai 91 oarang pelajar SMK Jelai,Kuala Pilah akan menduduki peperiksaan ini.SMK Jelai juga telah menghantar wakil Pengawas Peperiksaan iaitu En.Jabar(Ketua Pengawas),En.Shahril(SMK Senaling),Cik Azura(SMKSTJ),En.Mulop dan En.Fareed(SMK Undang Manap).Diharap keputusan peperiksaan ini akan cermerlang dan pihak PIBG menjanjikan sebuah laptop utuk pelajar cemerlang nanti.
Jamuan Malam Akhir Tahun SMK Jelai
Menjelang cuti penggal akhir tahun,SMK Jelai,Kuala Pilah telah menganjurkan jamuan akhir tahun untuk guru dan staff sokongan telah memberikan kometmen dan tugas.Dalam majlis itu,Kelab guru dan staff telah juga menjemput YDP ,NYDP dan AJK PIBG sekolah untuk turut serta dalam majlis yang meriah itu.Dalam majlis itu,berlansung dari jam 8.00 mlm hingga 10.30 mlm dengan acara jamuan makan,persembahan bongai,cabutan bertuah,cenderamata kelahiran,guru bepindah dan sakit dan majlis hari jadi HEM SMK Jelai En.Yahya Zainal.
Labels:
JAMUAN GURU STAFF
Saturday, November 21, 2009
Wednesday, November 18, 2009
Lantikan Pengawas Baru 2010



Pada isnin lalu,15 Nov 2009,Biro Pengawas SMK Jelai,K.Pilah telah membuat lantikan pengawas tahun 2010,barisan pengawas telah telah menerima lencana pengawas daripada pengetua dan membaca taat ikrar melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah.
Labels:
Lantikan Pengawas 2010
Program Redho Ilmu Tingkatan 5
Pada 12 November 2009 (selasa) pihak sekolag mengajurkan redho ilmu pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki Peperiksaan SPM pada 18 Nov 2009 yang menentukan masa depan mereka setelah menghabiskan 5 tahun di sekolah menengah.Antara jemputan yang hadir ialah YDP PIBG,Pengurus felcra,AJK PIBG dan ibubapa penjaga.Tujuan majlis ini adalah untuk memohon keberatan restu guru dari Guru yang mencurahkan segala ilmu tanpa penatlelah dan memohon kemaafan kepada guru segala kesalahan dan salah silap semasa disekolah
Labels:
Redho Ilmu Tingkatan 5
Lawatan ke F1 Sepang
Pada 9 November 2009 pihak sekolah telah menganjurkan lawatan untuk pelajar SMK Jelai,Kuala Pilah ke Litar Lumba F1 Sepang.Lawatan diiringi oleh 4 guru iaitu Cik Azura,Cik Shaleiza,Pn.NurulHuda dan En.Zulbahrin bertolak ke Sepang pada pukul 7.30 pagi dan selamat sampai pada 10.22 pagi.DiSepang kami melawat Mizium Automobil ,litar lumba dan juga cara pengoperasian litar F1 di bilik kawalan.Selepas melawat litar Sepang,kami ke Putrajaya untuk melawat CoCoa Boutique untuk melihat cara pemeprosesan coklat.
Labels:
Lawatan F1
Thursday, November 12, 2009
SAMBUTAN HARI QUALITY 2009 MERIAH
Majlis Anugerah Kualiti dan Kecermerlangan SMK Jelai yang diadakan pada 6 Nov 2009 pada Jumaat jam 10.00pg itu disambut meriah dengan kehadiran YB Shamsul B.Mohd Deli merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi(ADUN SERTING).Majlis itu diserikan dengan persembahan Nasyid sekolah dan juga persembahan muzikal`apo kono kau jang` dari pasukan tarian sekolah.Majlis itu turut dihadiri wakil PPD,Pengurus FELDA,YDP PIBG dan juga wakil pegawai kerajaan wakil ibubapa yang menerima hadiah Kecermerlangan SPM 2008.Berapa Anugerah Tertinggi ,Ko-kurikulum,Kurikulum,HEM,Anugerah Staff dan juga Anugerah Akedemik telah disampaikan pada majlis itu.
Labels:
Galeri
Monday, November 2, 2009
PENERIMAAN V-SAT UNTUK MAKMAL KOMPUTER

Pada 28 September 2009 pihak sekolah telah terpilih diantara beberapa sekolah di seluruh negara untuk menerima untuk pemasangan V-sat diMakmal Komputer sekolah.Pemasangan ini membuktikan SMK Jelai mempunyai kemudahan yang cukup untuk memasang V-sat(Broadband) ini dan seterusnya meningkat pengunaan Teknologi ICT.Penerimaan ini akan juga akan menigkatkan kelajuan WiFi dikawasan sekolah yang sebelum ini,sering berlaku ganguan dan akan mengangu penerimaan jalur lebar seterusnya menjejaskan proses p&p dan juga in-house traning.Pihak Bahagian Teknologi KPM telah tiba untuk memeriksa kebekesanan Broadband tersebut,dan syarikat yang mengurus V-sat tersebut dari Syarikat Multimedia Bestari dari USJ,K.Lumpur.
Labels:
V-SAT SEKOLAH
Subscribe to:
Comments (Atom)




























